top of page

SELAMAT DATANG

Sphere on Spiral Stairs

Apakah itu kaunseling kerjaya?

Kaunseling kerjaya adalah proses bimbingan dan sokongan yang diberikan kepada individu untuk membantu mereka membuat keputusan berkenaan dengan pendidikan, pekerjaan, dan perkembangan kerjaya. Ia membantu individu memahami diri mereka, menjelajahi pilihan kerjaya, merancang langkah-langkah kerjaya, dan memberikan sokongan emosional sepanjang perjalanan kerjaya mereka.Myrick(1997) juga mentakrifkan kaunseling kerjaya sebagai proses menolong yang memfokuskan kepada kesedaran kendiri,minat, sikap yang melibatakan individu terlatih dan berlesen.

ray-rabadi-169hero-ugcclassroom-shutterstock.jpg

Bagaimana pula dengan bimbingan kerjaya?

Bimbingan kerjaya pula adalah suatu konsep yang lebih luas yang merangkumi aktiviti-aktiviti yang membantu individu memahami pilihan kerjaya, perkembangan, peluang, dan keperluan pendidikan dan pekerjaan. Bimbingan kerjaya melibatkan penyediaan maklumat tentang kerjaya dan latihan yang membantu individu memahami lebih baik pilihan mereka.Jika kaunseling kerjaya merupakan proses yang hanya diberikan oleh individu tertentu seperti kaunselor,bimbingan kerjaya pula sering kali dilaksanakan dalam bentuk kelas, seminar, atau program bimbingan kelompok. Ia lebih bersifat informatif dan memfokuskan kepada penyebaran maklumat yang berguna tentang pilihan kerjaya . Dengan kata lain, Bimbingan kerjaya ini kebiasaanya diberikan oleh pendidik profesional seperti guru dan kaunselor dan juga dibantu oleh sistem sokongan yang lain. (Myrick, 1997)

Apa itu kerjaya?

Tolbert (1994) mendefinasikan kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar tukar pekerjaan.Rohany dan Fatimah (1987) pula mendefinisikannya sebagai satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas

Kepelbagaian kerjaya

Kerjaya tidak sekadar merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan, tetapi juga nilai-nilai, aspirasi, dan perkembangan peribadi sepanjang hayat. Ini melibatkan proses pembelajaran dan pertumbuhan yang membimbing individu untuk mencapai matlamat dan menjalani kehidupan yang bermakna. Kepelbagaian bidang kerjaya di Malaysia adalah cerminan daripada pelbagai faktor, termasuk kepelbagaian etnik dan budaya serta ekonomi di sesebuah negara, yang mempengaruhi pelbagai bidang kerjaya yang ada. Beberapa bidang utama termasuk pendidikan, pertanian, pertukangan, perkhidmatan kesihatan, teknologi maklumat, pengurusan dan perniagaan, pelancongan, seni dan kebudayaan, perkhidmatan pelanggan, sains dan teknologi.

bottom of page