top of page

Teori Pemilihan Kerjaya

Holland (1973) telah memperkenalkan Teori Pemilihan Kerjaya yang menerangkan hakikat sebenar seseorang individu dalam membuat pilihan pekerjaan yang sesuai dengan ciri personaliti diri.Teori ini membantu individu memahami bagaimana personaliti mereka berkaitan dengan pemilihan kerjaya dan pilihan pekerjaan yang sesuai. Teori Holland didasarkan pada keyakinan bahawa orang cenderung memilih pekerjaan yang mencerminkan personaliti mereka, dan setiap individu dapat digolongkan dalam salah satu daripada enam jenis personaliti utama.Teori Holland menggariskan enam jenis personaliti kerjaya yang berbeza, dan setiap jenis disusun dalam kod RIASEC, yang merujuk kepada:

Realistik

bersifat praktikal, suka melakukan aktiviti yang melibatkan kemahiran fizikal dan teknikal.Sesuai memilih pekerjaan yang memerlukan tindakan fizikal dan bekerja di luar bangunan.

Contoh pekerjaan: Juruukur binaan, pemandu kenderaan berat, tukang besi, jurutera elektrik

Chat Bubble

Sosial

Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan bersosial yang baik serta suka atau mampu bekerjasama dengan orang lain. Mereka biasanya memilih pekerjaan dalam bidang pendidikan, kesihatan, atau perkhidmatan masyarakat.

Contoh pekerjaan: Guru, jururawat, kaunselor, pekerja sosial

Investigatif

suka menyelesaikan masalah kompleks dan menggunakan pemikiran analitikal. biasanya memilih pekerjaan yang melibatkan penyelidikan, analisis data, dan penyelesaian masalah.

Contoh pekerjaan: Ahli sains komputer, penyelidik sains sosial, ahli kimia, ahli biologi

Enterprising

Berorientasikan kejayaan, suka mempengaruhi orang lain, dan memimpin. Mereka memilih pekerjaan dalam pengurusan, pemasaran, dan perniagaan.

Contoh pekerjaan: Pengurus perniagaan, ejen jualan, usahawan, pengurus projek

Artistik

suka melibatkan diri dalam aktiviti seni dan ekspresi kreatif. Mereka memilih pekerjaan yang membenarkan mereka mengeluarkan kreativiti, seperti seni, penulisan, atau persembahan.

Contoh pekerjaan: Pelukis, penulis, pereka grafik, pereka fesyen

Konvensional

tertib dan sistematik, suka berurusan dengan data dan peraturan, dan memilih pekerjaan yang melibatkan tugas berkaitan dengan pentadbiran dan organisasi.

Contoh pekerjaan: Penolong akaun, pegawai pentadbiran, penyelia pejabat, penyelia perakaunan

Sila lihat video di atas untuk lebih memahami topik ini

bottom of page